SANDAL BEK45 Headline Animator

Sabtu, 27 Juni 2009

Al-Fatihah,Anugerah Agong Allah

2. Surah al-Fatihah diturunkan Allah sebelum Nabi Muhammad SAW berhijrah ke al-Madinah al-Munawarrah; kerana itu ia dikategorikan sebagai surah Makkiyyah. Ulama’ seluruhnya berijma’ bahawa ayatnya ada 7, walaupun mereka berselisih pendapat sama ada بسم الله الرحمن الرحيم adalah ayatnya atau tidak. Umpamanya ulama’-ulama’ Malikiyyah bukan sahaja berpendapat bahawa Basmalah bukan salah satu ayat daripada al-Fatihah, bahkan bukan ayat al-Quran kecuali Basmalah dalam ayat 36 surah al-Naml yang disepakati ulama’ bahawa ia sebahagian daripada al-Fatihah.
3. Banyak hadith menunjukkan keutamaan al-Fatihah. Rasulullah SAW menyebutkan bahawa ia surah yang paling agung dalam al-Quran; bahkan tidak ada yang sebanding dengannya dalam mana-mana kitab yang diturunkan Allah. Untuk menurunkannya, Allah membuka satu pintu langit yang khusus dan diturunkan satu malaikat khusus untuk membawa “cahaya itu” kepada Muhammad SAW. Begitulah hebatnya al-Fatihah seperti dizahirkan dalam hadith-hadith seperti berikut:
عن أبي سعيد بن المعلى قال: كنت أصلي في المسجد فدعاني رسول الله صلى الله عليه وسلم فلم أجبه فقلت: يا رسول الله إني كنت أصلي فقال ألم يقل الله{ استجيبوا لله وللرسول إذا دعاكم لما يحييكم }ثم قال لي: لأعلمنك سورة هي أعظم السور في القرآن قبل أن تخرج من المسجد ثم أخذ بيدي فلما أراد أن يخرج قلت له: ألم تقل لأعلمنك سورة هي أعظم سورة في القرآن قال:الحمد لله رب العالمين هي السبع المثاني والقرآن العظيم الذي أوتيته.
Daripada Abu Sa’id al-Mua’la, katanya: Aku telah bersolat di dalam masjid dan pada ketika itu Rasulullah SAW memanggilkan. Maka aku tidak menyahut. Kemudian (selesai solat), aku berkata kepada Rasulullah SAW: Ya Rasulullah, tadi aku sedang sola. Jawab Baginda: “Tidakkan Allah Taala berfirman: Sahutlah akan Allah dan Rasul apabila kamu diseru?” Kemudian Baginda bersabda lagi: “Aku pasti akan memberitahu kamu tentang satu surah yang paling agung di dalam al-Quran sebelum kamu keluar daripada masjid.” Kemudian Baginda memegang tanganku, dan apabila Baginda ingin keluar daripada masjid, maka aku berkata kepadanya: Bukankah tadi kamu berkata bahawa kamu pasti akan memberitahu aku satu surah yang paling agung di dalam al-Quran? Baginda bersabda: الحمد لله رب العالمين Ia adalah 7 ayat yang berulang-ulang, dan al-Quran yang agung yang aku diberikan dengannnya.” (Riwayat al-Bukhari)
ما أنزلت في التوراة، ولا في الإنجيل، ولا في الزبور، ولا في الفرقان مثلها. وإنها سبع من المثاني، والقرآن العظيم الذي أعطيته
Tidak pernah diturunkan dalam al-Taurat, dan tidak dalam al-Injil dan tidak dalam al-Zabur dan tidak dalam al-Furqan satu surah sepertinya. Sesungguhnya ialah tujuh ayat yang berulang-ulang dan al-Quran al-’Azim yang aku diberikan akannya.
( بينما جبريل قاعد عند النبي صلى الله عليه وسلم سمع نقيضا من فوقه فرفع رأسه فقال : هذا باب من السماء فتح اليوم ، لم يفتح قط إلا اليوم ، فنزل منه ملك فقال : هذا ملك نزل إلى الأرض ، لم ينزل قط إلا اليوم ، فسلم وقال : أبشر بنورين أوتيتهما ، لم يؤتهما نبي قبلك ؛ فاتحة الكتاب ، وخواتيم سورة {البقرة} ،) ..
Kalamana Jibril AS duduk bersama Nabi SAW, dia mendengar suatu bunyi dari atas kepalanya. Maka dia mendongak lalu berkaya: Ini satu pintu langit yang dibuka pada hari ini, tidak sekali dibuka kecuali pada hari ini. Maka turun daripada seorang malaikat, maka katanya: Ini malaikat yang telah turun ke bumi yang tidak sekalipun turun kecuali pada hari ini. Maka dia memberi salam dan berkata: Bergembiralah dengan dua cahaya yang diberikan kepada kamu, yang tidak pernah diberi kepada nabi-nabi sebelum daripada kamu iaitu surah al-Fatihah dan ayat-ayat penutup surah al-Baqarah. (riwayat Muslim)


1. Membaca tafsir surah al-Fatihah memberi pengertian yang cukup besar kepada saya tentang anugerah agung Allah ini. Paling kurang 17 kali sehari kita membacanya dalam solat. Menghayatinya dengan sebenar-benarnya sudah cukup untuk memberikan kefahaman tentang kenapa Allah Taala menurunkan al-Quran.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes